Jadi, saya memilih untuk mejawab secara ringkas mengikut urutan masa.
Saya bermula dengan akuarium mini dengan pokok plastik, pasir dan batu-batu kecil sekitar bulan puasa 1429H / 2008.
Kemudian saya tambahkan tumbuhan sebenar. Oksigen menggunakan pump, Karbon dioksida pula menggunakan ragi + gula... Tindak balas kimia mengahsilkan karbon dioksida. Tapi yang tak sedapnya, ada sikit-sikit bau roti atau ragi busuk. Cahaya pulak datang dari lampu mentol macam kat meja studi.
Saya cuba implement apa yang saya pelajari dari Abang Nuril yang memiliki 2 akuarium tumbuhan. Bermula dengan menambah pasir dan tanah serta formula untuk mendapatkan bekalan CO2 yang mudah dan murah.
Bila ikan dah membesar, agak sesak akuarium mini tu.. kesian pulak kat ikan belida 2 ekor tu... Saya pindahkan 2 ekor tu ke akuarium lain. Hanya ikan yang kecil sahaja tinggal ditaman air...
Bila ikan yang lain pun dah besar, (dah pandai cabut pokok untuk dimakan) dan bajet pun agak lega, bulan Nov 2008, saya mula gunakan akuarium yang lebih besar (2kaki setengah). Menggunakan tanah sebenar (dari afrika), CO2 system jenama JEBO 192 (tak perlu bancuh ragi dengan gula seperti dulu). System penapisan air yang lebih baik (saya akan terangkan tentang penapis (filtering system) di masa akan datang).

Kemudian saya tambah lagi pelbagai jenis tumbuhan lain, sistem penapisan lebih baik (tak perlu tukar air sehingga 6 bulan) jadi dapat maintain baja dalam air dan ekosistem yang lebih baik. Lampu jenis halogen juga digunakan untuk replicate cahaya matahari. Kombinasi Cahaya (yang cukup), baja, dan suhu menggalakkan pertumbuhan seperti tanaman semulajadi atas tanah. Ikan yang besar juga dipindahkan ke akuarium lain yang lebih sesuai untuk memberi ruang pada tumbuhan.


Andai berkesempatan, saya akan terangkan lebih lanjut tentang persiapan awal yang perlu berikut;
1) Jenis Akuarium
2) Jenis Ikan, tanaman
3) Sistem Penapis
4) Bekalan Oksigen / Karbon Dioksida
5) Aksesori lain
camana nak dapatkan CO2 system jenama JEBO 192 seperti yang awak guna tu? kalau boleh saya nak order dari awak. tkasih.
ReplyDeletesaya tertarik dengan kreativiti awak setup akuarium. kalau boleh awak sertakan no tel, boleh saya call. atau sms saja saya di 0138911250. tkasih.
ReplyDeletepokok hidup tu dpat kat mana ek? beli kat kedai ek? ada x yang boleh kita cr kat paya, sungai o kolam?
ReplyDeleteKebanyakan pokok hidup ada di bendang atau kolam
Deleteerm..mana entri terbaru ..nak tahu jugak
ReplyDelete1) Jenis Akuarium
2) Jenis Ikan, tanaman
3) Sistem Penapis
4) Bekalan Oksigen / Karbon Dioksida
Hahaha
Delete