Thursday 12 March 2009

Akuarium Dengan Tumbuhan Sebenar

Ada yang bertanya tentang akuarium yang ada dirumah saya, bagaimana nak mulakan, nak maintain, dan apa yang diperlukan sebagai permulaan. Untuk menjawab soalan ini, ia memerlukan pejelasan yang amat panjang dan kompleks. Akuarium dengan ikan memerlukan air, oksigen, makanan ikan, penapis untuk membersihkan air dan beberapa aksesori lain. Untuk tumbuhan,selain dari aksesori akuarium yang biasa, ia juga memerlukan Karbon Dioksida, tanah atau pasir, baja, cahaya untuk fotosintesis dan juga kawalan suhu yang lebih sensitif. Kalau telalu panas, boleh terus bawak ke meja makan ler...

Jadi, saya memilih untuk mejawab secara ringkas mengikut urutan masa.
Saya bermula dengan akuarium mini dengan pokok plastik, pasir dan batu-batu kecil sekitar bulan puasa 1429H / 2008.



Kemudian saya tambahkan tumbuhan sebenar. Oksigen menggunakan pump, Karbon dioksida pula menggunakan ragi + gula... Tindak balas kimia mengahsilkan karbon dioksida. Tapi yang tak sedapnya, ada sikit-sikit bau roti atau ragi busuk. Cahaya pulak datang dari lampu mentol macam kat meja studi.

Saya cuba implement apa yang saya pelajari dari Abang Nuril yang memiliki 2 akuarium tumbuhan. Bermula dengan menambah pasir dan tanah serta formula untuk mendapatkan bekalan CO2 yang mudah dan murah.



Bila ikan dah membesar, agak sesak akuarium mini tu.. kesian pulak kat ikan belida 2 ekor tu... Saya pindahkan 2 ekor tu ke akuarium lain. Hanya ikan yang kecil sahaja tinggal ditaman air...



Bila ikan yang lain pun dah besar, (dah pandai cabut pokok untuk dimakan) dan bajet pun agak lega, bulan Nov 2008, saya mula gunakan akuarium yang lebih besar (2kaki setengah). Menggunakan tanah sebenar (dari afrika), CO2 system jenama JEBO 192 (tak perlu bancuh ragi dengan gula seperti dulu). System penapisan air yang lebih baik (saya akan terangkan tentang penapis (filtering system) di masa akan datang).



Kemudian saya tambah lagi pelbagai jenis tumbuhan lain, sistem penapisan lebih baik (tak perlu tukar air sehingga 6 bulan) jadi dapat maintain baja dalam air dan ekosistem yang lebih baik. Lampu jenis halogen juga digunakan untuk replicate cahaya matahari. Kombinasi Cahaya (yang cukup), baja, dan suhu menggalakkan pertumbuhan seperti tanaman semulajadi atas tanah. Ikan yang besar juga dipindahkan ke akuarium lain yang lebih sesuai untuk memberi ruang pada tumbuhan.




Andai berkesempatan, saya akan terangkan lebih lanjut tentang persiapan awal yang perlu berikut;
1) Jenis Akuarium
2) Jenis Ikan, tanaman
3) Sistem Penapis
4) Bekalan Oksigen / Karbon Dioksida
5) Aksesori lain

Selamat datang ke laman blog Akuaria

Selamat datang ke laman blog Akuaria. Laman yang membincangkan mengenai hobi membela ikan didalam akuarium. Tak kiralah samaada kecil, besar, jangka pendek atau panjang. Hobi atau komersil. Segala yang anda ingin tahu ada disini.

Anda boleh kemukakan apa jua soalan yang berkaitan dengan topik ikan dan akuarium. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk merungkaikan segala persoalan anda. Topik akan dibincangkan menggunakan bahasa yang paling mudah dan ringkas tetapi tidak mengabaikan maklumat penting yang berkaitan.

Saya akan mencurahkan segala yang saya tahu berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya. Topik akan diatur sebaik mungkin untuk membantu anda memiliki akuarium yang lengkap, sihat dan yang palin utama menarik. Dalam masa yang sama, anda juga berpeluang memberikan komen dan pendapat untuk menafaat bersama. Yang baik jadikan amalan, yang buruk jadikan sempadan.